cik bella's home

Khamis, 13 Februari 2014

hukum menyambut hari Valentine's menurut Islam



Assalamualaikum....




14 Februari setiap tahun, pasti ramai pasangan kekasih yang tertunggu-tunggu tarikh tersebut. Ada apa dengan 14 Februari ?
 Bagi kepercayaan orang-orang Barat, 14 Februari setiap tahun adalah hari memperingati kekasih.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawaHukum sambut Valentine's Day atau Hari Kekasihpada seluruh umatIslam, adalahharam.
Dan perlu di ingat, bahawa matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara. Nak tunjukkan kasih sayang itu hari-hari, tak perlu nak tunggu setahun sekali.Tapi lagi bagus kalau berkasih sayang pada yang sudah halal.

Cinta mengikut syariat, bukan bergelumang dengan maksiat.
 Dari Segi Pandangan Islam.

 - sebagai seorang yang bergelar Muslim tanya pada diri sendiri, adakah kita ingin mencontohi begitu sahaja sesuatu yang jelas bukan bersumberkan dari Islam, yakni dari hadis yang sahih dan sebagainya?

 Sejarah Islam, Hukum Islam sudah jelas dalam hal melarang umatnya menyerupai budaya dan cara hidup selain dari Islam.
 Hadis Rasulullah s.a.w: "barangsiapa yang mengikuti sesuatu kaum (agama), maka dia termasuk di dalam golongan kaum (agama) tersebut." Dan Rasulullah s.a.w juga bersabda: "sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami, maka ia akan ditolak. " Firman-Nya di dalam Surah Al-Israa’ ayat : 32“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalahsatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "
 Nauzubillah !
 Semoga kita dijauhkan dari semua itu, Semoga kita semua sentiasa di dalam redha Allah.
Dan jika benar cinta, sudah pasti ingin bersama hingga ke Syurga.. 


By- www.kakicinta.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan